mcmc
Pendidikan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PULAU

SKSP ditubuhkan pada tahun 1918. Pada peringkat awalnya sekolah ini didirikan dengan menggunakan kayu bakau beratap nipah dan berdinding daun nipah. Ia didirkan dengan semangat gotong-royong penduduk Kampung Sungai Pulau ketika itu. Nama sekolah ini diperolehi daripada kedudukan geografinya dimana ia didirikan iaitu mengambil nama sempena sebatang anak sungai yang mengalir dihadapan sekolah dan di kauala anak sungai ini terdapat sebuah pulau kecil yang dijadikan sebagai pengkalan.

Oleh kerana itu nama Sungai Pulai wujud dan kekal sehingga ke hari ini bukan sahaja kepada nama sekolah tetapi juga kepada di kampung disini. Sekolah ini terletak kira-kira 4 kilometer dengan anggaran masa perjalanan sekitar 5 minit sahaja. Kini sekolah ini mempunyai seramai 85 orang murid dan 17 orang tenaga pengajar.