Sejarah awal sekolah ini bermula pada tahun 1952, apabila sebuah sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebaga bahasa pengantar telah didirikan di Pekan Hutan Melintang. Ia dinamakan GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL. Bangunan awal terdiri daripada dua buah bilik darjah dan sebuah bilik pejabat. Bilangan murid hanya seramai 15 orang sahaja. Guru besar pertamanya adalah En. S. Mackenzie. Menepati perkembangan pendidikan semasa, pada 6 Mei 1967. iainya telah diberi nafas baru dan ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Khir Johari, sempena nama Menteri Pelajaran ketika itu.
