mcmc
Sejarah

SEJARAH

Tidak diketahui bila tarikh sebenar kampung Parit 11 ini mula dibuka, juga tidak diketahui siapa yang mula menduduki kampung ini. Hanya sejarah kegiatan ekonomi penduduk kampung ini sahaja yang dapat diketahui. Mengikut cerita penduduk kampung kegiatan ekonomi penduduk pada masa lalu adalah mengusahakan tanaman pokok koko serta pokok kelapa, dan kemudian penduduk kampung beralih kepada penanaman kelapa sawit sehinggalah pada kini yang menjadi pilihan.