Pusat Internet Parit 11, Hutan Melintang mengucapkan SELAMAT DATANG dan ribuan TERIMA KASIH kerana sudi melawat laman portal kami. Pusat Internet merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dan MSD Digital Intelligence dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Pusat Internet ini juga ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. Ianya dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti 20 buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), dan kemudahan internet. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.
MAKLUMAT LANJUT:
PENGURUS: Puan Siti Hajar binti Isa (013-2758269)
PENOLONG PENGURUS: Cik Nurul Syahindah binti Azahar (013-4526457)
EMAIL: parit11@pi1m.com.my
PORTAL: parit11.pjk.com.my
FACEBOOK: Pusat Internet Parit 11 Hutan Melintang
ALAMAT: Pusat Internet Parit 11,
Batu 16, Jln Bgn Datuk,
36400 Hutan Melintang,
Perak.