Pada 19 November 2017 yang lalu telah berlangsungnya satu program Fiesta NBOS Sayang Malaysia yang dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) yang bertempat di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk. Ribuan pengunjung hadir bagi memeriahkan lagi fiesta tersebut.
Terdapat pelbgai aktiviti yang disediakan. Antaranya ialah:
– Cabutan bertuah untuk para pengunjung
– Perlancaran Pusat Transformasi Bergerak (Mobile CTC)
– Penyampaian sumbangan Tekun kepada Agropreneur Muda
– Perlancaran Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia
dan banyak lagi. Selain itu, ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut memberi inspirasi kepada rakyat Bagan Datuk agar terus berkembang untuk membangunkan diri, keluarga dan masyarakat.
Booth MCMC juga telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pengunjung. Antaranya ialah:
– Pendaftaran keahlian dan peserta
– Cabutan bertuah
– Teka Silang kata Klik Dengan Bijak (KDB)
– Klik Dengan Bijak (KDB) Dam Ular Gergasi
– My Health
– Kuiz Dashboard
– Pendaftaran Apps Dashboard
