TARIKH : 26 JULAI 2025
MASA : 11.15 PAGI – 11.45 PAGI
TEMPAT: NADI PARIT 11 HUTAN MELINTANG
PESERTA: 6 ORANG
TUJUAN
* Kategori Sekolah Rendah:
- Memberi pendedahan awal kepada peserta tentang maksud berita palsu dan bagaimana ia boleh tersebar di internet dan media sosial.
- Membantu peserta mengenal pasti tanda-tanda berita tidak sahih dengan menggunakan pendekatan interaktif.
- Mendidik peserta supaya tidak mudah percaya atau berkongsi maklumat tanpa sahih demi keselamatan diri dan orang lain.
*Kategori Sekolah Menengah:
- Meningkatkan kesedaran peserta tentang kesan negatif penyebaran berita palsu termasuk panik, fitnah dan kerosakan reputasi.
- Membimbing pelajar menilai kesahihan maklumat melalui semakan fakta, sumber sah dan literasi digital.
- Menggalakkan pelajar menjadi pengguna digital yang bertanggungjawab dan kritis terutama dalam era media sosial yang pantas.
Gambar disini: https://parit11hutanmelintang.nadi.my/kis-webinar-ancaman-berita-palsu/