|
TARIKH : 20 JANUARI 2019 (AHAD) MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET PARIT 11, HUTAN MELINTANG PESERTA : 130 ORANG |
TUJUAN & AKTIVITI
Untuk makluman para pengunjung, program jom sihat bersama pusat internet bertujuan memperkenalkan pusat internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Di samping itu, dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan kerjasama pusat internet dengan komuniti kampung, agensi, jkkk dan ngo untuk mewujudkan komuniti sihat. Seterusnya, mewujudkan komuniti mesra ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Sempena program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan bermula jam 8.00 pagi tadi hingga kini, antaranya:
- Saringan kesihatan seperti tekenan darah & gula,
- Pemeriksaan mata & gigi,
- Senaman aerobik & demonstrasi berus gigi,
- Taklimat kesihatan & pemakanan sunnah Rasulullah,
- Pertandingan artikel kesihatan & poster kesihatan,
- Pertandingan futsal & hiasan salad makanan yang sihat.