PI1M Parit 11, Hutan Melintang bersedia untuk memberikan Kursus Asas Keusahawanan Intel untuk individu/ usahawan yang mahu berniaga atau yang sedang berniaga tetapi tiada asas keusahawanan. Anda akan diajar cara-cara memulakan, membangunkan dan menjalankan peniagaan dengan cara yang betul dan lebih sistematik mengikut silibus kursus yang telah disediakan. Dengan bayaran hanya RM5 anda layak untuk mendapat sijil yang diiktiraf dari Intel.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Siti Salasiah (Pengurus) : 013-585 1544/ 018-871 5398 atau boleh hadir ke PI1M Parit 11, Hutan Melintang untuk mendapatkan maklumat serta perbincangan jadual kursus terus dari kami.