NAMA : ABDUL WAFI HADI BIN ABDUL WAHAB
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : 2024
LATAR BELAKANG
Abdul Wafi Hadi bin Abdul Wahab merupakan pelajar yang telah tamat belajar pada tahun 2025 dan berjaya mencapai keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau tinggal di Parit 19, 36400 Hutan Melintang, Perak. Beliau mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke NADI Parit 11 Hutan Melintang dengan menaiki kereta. Beliau telah menjadi ahli NADI selama setahun.
PENCAPAIAN
Abdul Wafi Hadi salah seorang pemain muda berbakat dalam arena E-Sukan Mobile Legend di bawah program NADI. Beliau mula menyertai pertandingan E-Sukan NADI sejak musim pertama dan terus menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga ke musim kedua.
Pada musim pertama, pasukan yang dianggotai oleh Wafi telah berjaya menempah nama di peringkat kebangsaan, mewakili negeri Perak dan meraih naib juara selepas perlawanan sengit menentang pasukan Sarawak. Kejayaan ini menjadi titik tolak kepada semangat dan keyakinan beliau untuk terus mengasah kemahiran dalam bidang E-Sukan yang semakin berkembang pesat.
Tidak berhenti di situ, pada musim kedua, Wafi sekali lagi membawa nama Perak ke pentas kebangsaan dan berjaya menduduki tempat keempat, selepas bertanding menentang pasukan Melaka. Walaupun tidak mengekalkan kedudukan naib juara, pencapaian ini tetap membanggakan dan menjadi bukti konsistensi beliau dalam dunia E-Sukan.