|
NAMA : PUTERI IZZ ZARA SOFIA BINTI MOHD ZULHELMY UMUR : 8 TAHUN AHLI : 2018 |
LATAR BELAKANG
Puteri Izz Zara Sofia binti Mohd Zulhelmy merupakan pelajar tahun 2, beliau tinggal di Parit 11, Batu 16, 36400 Hutan Melintang, Perak. Beliau mengambil masa selama 2 minit sahaja untuk sampai ke PEDi dengan berjalan kaki. Beliau telah menjadi ahli PEDi selama 6 tahun dari beliau berumur 2 tahun.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan lain menjalankan aktiviti kampung. Beliau tidak mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Beliau juga mengalami kesukaran untuk memahami penggunaan internet dan komputer. Beliau mengambil kesempatan untuk mengikuti kelas ICT yang disediakan di PEDi setelah beberapa kali menyertai E-tuisyen.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Selepas menjadi ahli PEDi, Zara dapat mempelajari tentang asas-asas komputer. Beliau dapat mengenali perisian dan tentang komputer selepas menjalani kelas-kelas ict di PEDi. Beliau juga mempelajari tentang cara penggunaan Microsoft Office dan pembelajaran atas talian. Beliau juga kerap menyertai program anjuran PEDi.