|
NAMA : SITI HAJAR BINTI ROSDI UMUR : 11 TAHUN AHLI : 2019 |
LATAR BELAKANG
Siti Hajar binti Rosdi merupakan pelajar tahun 5, beliau tinggal di Parit 23 Baroh, Tanjung Bayan, 36400 Hutan Melintang, Perak. Beliau mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk sampai ke PEDi Parit 11 dengan menaiki motorsikal. Beliau telah menjadi ahli PEDi Parit 11 selama 5 tahun dari beliau berumur 7 tahun.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi
Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau tidak mempunyai pengetahuan ICT tetapi tertarik untuk hadir ke PEDi di atas faktor melihat rakan-rakannya menyertai e-tuisyen yang dijalankan di PEDi dan berminat untuk turut sama belajar ICT di PEDi Parit 11.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Selepas menjadi ahli PEDi, Siti Hajar dapat mempelajari tentang asas-asas komputer. Beliau juga dapat mengenali tentang perkakasan komputer. Beliau turut mempelajari tentang cara menggunakan Microsoft Office dan pembelajaran atas talian. Beliau juga kerap menyertai program anjuran di PEDi Parit 11, Hutan Melintang.