NAMA : MUHAMMAD FARIS BIN ALIYASHAK
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 2019
LATAR BELAKANG
Muhamad Faris bin Aliyashak merupakan seorang pelajar Tahun 6 yang menetap di Parit 11, Batu 16, 36400 Hutan Melintang, Perak. Beliau mengambil masa kira-kira 5 minit untuk sampai ke NADI Parit 11 Hutan Melintang dengan menaiki motorsikal. Faris telah menjadi ahli aktif NADI selama 6 tahun dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap pembelajaran berasaskan teknologi.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Sebelum menyertai aktiviti di NADI, Faris kurang terdedah kepada penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Beliau hanya mengetahui sedikit tentang internet dan tidak mahir mengendalikan komputer. Faris mengenali NADI melalui ibunya yang sering menggunakan perkhidmatan di NADI. Pada peringkat awal, beliau mengalami sedikit kesukaran untuk memahami fungsi asas komputer dan aplikasi digital.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Selapas menjadi ahli NADI, Faris menunjukkan peningkatan ketara dalam kemahiran ICT. Beliau kini memahami asas penggunaan komputer, termasuk fungsi utama perisian dan aplikasi. Faris turut aktif menyertai kelas-kelas yang dianjurkan di NADI, antaranya Kidventure (Usahawan Cilik) serta TinyTechies (Robotik). Melalui penglibatan ini, beliau semakin mahir menggunakan aplikasi dan perisian komputer serta lebih yakin dalam meneroka dunia digital.