|
NAMA : NUR SHAHIRA BINTI MOKHTAR UMUR : 23 TAHUN AHLI : 16/03/2019 |
LATAR BELAKANG
Cik Nur Shahira merupakan seorang peniaga produk makanan berasaskan coklat secara kecil-kecilan. Beliau bermula daripada lepas sekolah dan meniaga dari rumah kepada kenalan terdekat beliau.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Cik Nur Shahira memulakan perniagaan beliau dengan berniaga di rumah secara kecil-kecilan kepada kenalan rapat seperti jiran dan rakan-rakan sekolah. Selepas itu, beliau mengambil langkah dengan mendaftarkan diri beliau sebagai peniaga di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kesedapan produk makanan yang dijual beliau menjadi perbualan hangat sehingga pembeli beliau terdiri daripada kenalan atas kenalan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Cik Nur Shahira memulakan langkah dengan mengikuti perkembangan terknologi terkini iaitu mempromosikan produk-produk beliau secara atas talian. Latihan keusahawanan yang disediakan di Pusat Internet yang juga diikuti beliau dapat membantu perniagaan beliau dikenali penduduk sekitar Hutan Melintang dan Bagan Datuk. Beliau juga dapat membuat perniagaan beliau ke seluruh Malaysia dengan adanya Facebook dan Instagram yang boleh diakses oleh para pelanggannya.