mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NOR ERMA BT MOHAMED YUSOF

NAMA : NOR ERMA BT MOHAMED YUSOF

UMUR : 29 TAHUN

AHLI     : 08/06/2017

LATAR BELAKANG
Puan Nor Erma seorang suri rumah tangga yang menjalankan perniagaan makanan kering secara kecil-kecilan dari rumah. Beliau menjual produk makanan kering seperti kek, kerepek, biskut dan macam-macam lagi. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan beliau bersama Pusat Internet dan penggunaan media sosial, perniagaan beliau tidak dikenali oleh masyarakat sekitar Hutan Melintang. Keuntungan perniagaan beliau juga tidak banyak diperolehi. Beliau juga sukar memperolehi pelanggan untuk membeli produk jualannya. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas penglibatan beliau bersama Pusat Internet, beliau telah terdedah kepada promosi produk atas taliannya dan mengenali ramai pelanggan dalam kalangan penduduk sekitar Hutan Melintang. Beliau juga merasakan mudah untuk mempromosikan produk beliau secara atas talian.