mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / USAHAWAN 2 Q3 2019 (JULY – SEPTEMBER)

NAMA : NUR ATIKAH BT SATARI

UMUR : 24 TAHUN

AHLI   : 28/09/2015

LATAR BELAKANG

Puan Nur Atikah merupakan seorang suri rumah yang berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai jenis makanan. Beliau selalu mengambil tempahan daripada kenalan rapat di daerah Bagan Datuk. Perniagaan beliau mendapat sambutan kerana produk yang beliau jual adalah mengikut tren terkini.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Puan Nur Atikah memulakan perniagaan beliau dengan mengambil pesanan dari kenalan dan menghantar kepada pelanggan atau pelanggan mengambil sendiri di rumah. Beliau juga menerima tempahan makanan daripada luar kawasan Bagan Datuk.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Puan Nur Atikah membuat keputusan untuk berniaga secara atas talian dan menerima tempahan dari atas talian. Melalui ilmu-ilmu ICT yang diperoleh melalui kelas ICT di PI, beliau membuka akaun Intagram dan menjual produk-produk makanan beliau secara atas talian. Hal ini dapat memudahkan beliau untuk menerima tempahan dan mempromosikan produk beliau melalui instagram dan whatsapp.