MENGUSAHAKAN KEDAI TAYAR MOTORSIKAL BELIAU SENDIRI
|
NAMA : HAFIZ NASUTION BIN MOHD ROSLI UMUR : 19 TAHUN AHLI : 31/05/2015 |
LATAR BELAKANG
Hafiz merupakan seorang lepasan sekolah menengah. Beliau sangat mahir di dalam perniagaan tayar sejak di bangku sekolah lagi. Beliau merupakan seorang yang sangat gigih berusaha untuk memajukan diri beliau di dalam perniagaan. Pada mulanya beliau hanya membuat promosi di laman sosial sahaja tetapi sekarang beliau telah mampu untuk mendirikan kedai tayar milik beliau sendiri.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Hanya menggunakan medium media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan menukar tayar beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Menyertai kelas Keusahawanan untuk belajar lebih tentang komputer. Beliau telah mahir menggunakan Adobe Photoshop untuk mereka kad nama beliau sendiri untuk diberikan kepada orang ramai.