PERUSAHAAN KEREPEK PISANG
|
NAMA : SHAMSUL BAHARI BIN HASHIM UMUR : 47 TAHUN AHLI : 01/11/2016 |
LATAR BELAKANG
Merupakan seorang pengusaha kerepek pisang di kawasan Bagan Datuk. Beliau pernah menyertai bengkel Keusahawanan Dashboard & Bengkel Bimbingan PPRN Usahawan Desa yang dianjurkan oleh PI1M Simpang Empat, Rungkup. Seorang yang sangat gigih berusaha di dalam bidang perniagaan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Kurang pendedahan tentang pengiklanan online dan cara bagaimana untuk mengembangkan perniagaan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Setelah menyertai Bengkel keusahawanan Dashboard & Bengkel Bimbingan PPRN Usahawan Desa, beliau lebih terdedah kepada pemasaran online dan kini kerepek pisang beliau telah dihantar ke pelbagai negeri. Beliau kini lebih mahir untuk membuat kertas kerja untuk memohon bantuan perniagaan dari PPRN.