Nauziq Bakery
Ia bermula dari rumah dan maju setapak apabila berjaya membuka kedai berhampiran dengan rumahnya. Bunyinya cukup mudah.Namun bagi pemilik Nauziq Bakery, Nurul Fatihah Binti Umar, perkembangan perniagaannya itu menuntut pengorbanan besar serta kecekalan yang tinggi dalam berdepan dengan apa jua cabaran. Menurut pemilik, sebelum beliau membuka kedai, anggaran pengeluaran produk adalah 100 biji roti. Setelah beliau membuka kedai dan membuat penghantaran ke sekolah – sekolah berdekatan, jumlah pengeluaran bagi satu hari adalah dianggarkan mencecah 200 biji roti. Antara produk yang dihasilkan adalah roti seperti roti pizza, bun, sosej. Selain itu, beliau juga membuat biskut moden dan tradisional dan kek. Malah, Nauziq Bakery juga menerima tempahan kek untuk dijadikan kek hari jadi atau hari perkahwinan. Selain produk bakery, Puan Nurul Fatihah juga membuat produk makanan sejuk beku seperti bebola daging, samosa, karipap dan kuih kasturi.





