Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan penyakit kronik yang boleh mengakibatkan komplikasi seterusnya kematian pra matang jika tidak dicegah dan dirawat.
Hampir 50% dari penghidap hipertensi di kalangan dewasa di Malaysia tidak menyedari mereka mengalaminya (NHMS 2019) kerana lewat mendapatkan rawatan.
Kebanyakan kes hipertensi tidak menunjukkan simptom awal. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk melakukan pemeriksaan awal untuk mengetahui status tekanan darah.
Jom saring!

