Dengan yuran keahlian hanya serendah RM5 seumur hidup dan pendaftaran dibuka kepada semua penduduk setempat serta banyak kemudahan yang disediakan, telah menarik minat komuniti di Kampung Parit 11, Batu 16 untuk menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia, Parit 11, Hutan Melintang. Sehingga kini, jumlah ahli yang telah berdaftar di bawah PI1M Parit 11, Hutan Melintang adalah seramai 459 orang ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar IPTA/IPTS, belia dan warga emas.
Aktiviti yang dijalankan di PI1M Parit 11 yang disertai oleh ahli dari semua peringkat umur.