|
NAMA : MUHAMMAD AMMAR REZKY BIN MOHD ISMAIL UMUR : 12 TAHUN AHLI : 07/07/2017 |
LATAR BELAKANG
Muhammad Ammar Rezky merupakan pelajar tahun 6, beliau tinggal di Parit 10 Batu 16, 36400 Hutan Melintang, Perak. Beliau mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk sampai ke Pusat Internet Parit 11 dengan menaiki basikal. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet selama 4 tahun dari beliau berumur 9 tahun.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI
Sebelum penglibatan beliau di PI , beliau banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan yang lain menjalankan aktiviti kampung. Beliau tidak mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Beliau juga mengalami kesukaran untuk memahami penggunaan internet dan komputer.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI
Selepas menjadi ahli PI, beliau kerap menghadiri kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet. Banyak yang beliau pelajari sejak umur 10 tahun lagi. Beliau banyak melibatkan diri dalam kelas ICT seperti kelas asas pengenalan kepada komputer, asas Microsoft Office, Adobe Photoshop, permainan pendidikan di laman-laman web tertentu dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Kini, beliau telah mahir dalam pelbagai penggunaan internet dan komputer.