mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q3 (JULY – SEPTEMBER)

NAMA : MUHAMMAD HADIF FIRDAUS B MOHD FAIRUS

UMUR : 13 TAHUN

AHLI     : 17/03/2019

LATAR BELAKANG

Muhammad Hadif Firdaus bin Mohd Fairus merupakan pelajar tingkatan satu yang merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Ayah beliau berniaga berhampiran dengan Pusat Internet. Beliau rajin membantu ayahnya menjalankan perniagaan dan sekiranya ada masa lapang beliau akan berkunjung ke Pusat Internet. Beliau juga rajin menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet ini. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Hadif sangat rajin menyertai aktiviti mingguan yang diadakan di Pusat Internet ini. Sebelum Hadif berdaftar sebagai ahli PI, beliau hanya menggunakan wifi komuniti untuk bermain permainan online di dalam telefon bimbit beliau. Hadif juga tidak berapa fasih dalam penggunaan komputer. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas menjadi ahli PI, beliau semakin kerap menghadiri kelas ICT yang diadakan di sini. Banyak yang beliau pelajari sejak umur 11 tahun lagi. Beliau banyak melibatkan diri dalam kelas ICT seperti kelas asas pengenalan komputer, asas Microsoft Office, permainan pendidikan di laman-laman web tertentu dan pelbagai lagi.