mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2025 (JANUARI – MAC)

NAMA : NUR FARHANA BINTI SHAHRUL FARHIN

UMUR : 12 TAHUN

AHLI : 2023

LATAR BELAKANG

Nur Farhana binti Shahrul Farhin merupakan pelajar tahun 6. Beliau tinggal di Parit 11, Batu 16, 36400 Hutan Melintang, Perak. Beliau mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke NADI Parit 11 Hutan Melintang dengan menaiki motorsikal. Beliau telah menjadi ahli NADI selama 2 tahun.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Sebelum penglibatan Farhana di NADI, beliau tidak mempunyai kemahiran atau ilmu yang berkaitan ICT. Beliau mengenali NADI setelah mengikuti ibu beliau yang menggunakan perkhidmatan usahawan di NADI. Beliau mengalami kesukaran untuk memahami penggunaan internet dan komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Selepas menjadi ahli NADI, Farhana dapat mempelajari tentang asas-asas komputer. Beliau dapat mengetahui tentang fungsi komputer. Beliau turut mengikuti kelas-kelas yang telah diadakan di NADI seperti kelas kidventure yang berkaitan dengan usahawan cilik, kelas safe and shield dan sebagainya. Beliau juga mahir dalam menggunakan aplikasi dan perisian komputer.