Pada 14 Mei 2015, sebuah Pusat Internet 1 Malaysia telah mula beroperasi di Kampung Parit 11, Hutan Melintang. Pusat Internet 1Malaysia Parit 11, Hutan Melintang (Fasa Clawback 2013) ini telah mengambil alih bangunan yang dahulunya adalah Sekolah Agama Rakyat dan telah diubah suai menjadi bangunan PI1M Parit 11. PI1M Parit 11, amat diterima baik oleh penduduk Kampung Parit 11, Batu 16 sendiri. Terdapat banyak aktiviti serta kelas yang telah dijalankan di sini yang melibatkan penduduk kampung.
Pusat Internet 1Malaysia Parit 11, Hutan Melintang